Tukar password dalam SAPS NKRA

SUP harus menyemak sekiranya akaun Guru Mata Pelajaran atau Guru Kelas telah wujud atau masih belum wujud. Jika akaun masih belum wujud, SUP perlu menyediakan ID dan kata laluan yang baharu. Kalau akaun Guru Mata Pelajaran telah wujud, SUP boleh memberikan ID dan kata laluan tersebut kepada guru yang berkenaan.

SUP kemudiannya boleh tukar password di SAPS NKRA dengan mengikut langkah-langkah di bawah.

  1. Klik Masuk mengikut jenis peperiksaan anda.
  2. Kemudian, klik pada menu Kemudahan
  3. Klik pada menu Tukar Admin yang keluar daripada Submenu
  4. Seterusnya, klik pada butang Pilih Guru dan anda akan dapat melihat senarai nama guru.
  5. Akhir sekali, pilih nama SUP yang baharu dan klik butang Hantar dengan password yang baharu.

* Langkah untuk tukar password Guru Kelas adalah sama di atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *