Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online

Seiring dengan kepesatan arus pemodenan dan pembangunan teknologi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan satu aplikasi online yang khusus bertujuan memudahkan ibu bapa dan para penjaga mengetahui dengan lebih terperinci dan jelas mengenai keputusan ujian mahupun peperiksaan anak-anak mereka. Ibu bapa dan para penjaga dapat memanfaatkan kebaikan yang lahir daripada kewujudan sistem ini dalam merancang perjalanan pembelajaran anak-anak dan seterusnya mengatasi sebarang kesukaran yang dihadapi mereka dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Keputusan yang bakal dipaparkan terdiri daripada darjah satu hingga darjah enam serta tersedia untuk semakan keputusan sekolah menengah. Gred setiap mata pelajaran dan juga kedudukan dalam kelas turut dipaparkan. Ibu bapa dalam mengikuti segala jenis informasi hanya dengan mendaftar masuk ke laman sesawang rasmi SAPS. Dikongsi langkah-langkah yang jelas bagi memudahkan ibu bapa dan penjaga menyemak keputusan pelajar dalam laman sesawang SAPS Online ini.

Sistem Analisis Peperiksaan Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online

Antara keputusan peperiksaan dan ujian yang boleh disemak melalui SAPS adalah seperti berikut:

  • Ujian 1 & 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Sebaliknya, sila hubungi pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan bagi memperoleh maklumat yang terperinci seperti markah dan gred setiap mata pelajaran.

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah boleh rujuk di sini.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS

Berakhir setiap musim peperiksaan mahupun ujian pastinya menjadi detik penantian bagi para ibu bapa/ penjaga. Mereka pastinya ternanti-nanti untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam tempoh pembelajaran tersebut. Usah gusar, anda tidak perlu memeriksa SAPS setiap hari atau selang seminggu bagi memperoleh kemas kini daripada guru subjek anak-anak. Anda hanya perlu menyemak data dalam jadual di bawah bagi memperoleh anggaran waktu yang sesuai untuk daftar masuk ke laman sesawang SAPS dan menganalisis sendiri prestasi anak-anak. Perlu diketahui, selepas selesai setiap tempoh ujian atau peperiksaan, guru-guru mata pelajaran akan mengisi maklumat seperti gred dan markah dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kunci Masuk Markah Peperiksaan peringkat sekolah adalah seperti berikut:

  1. Pertengahan Tahun
  • Tahun 6/ Tingkatan 5: 18 Mei 2017 ( Tarikh Mula ) dan 16 Jun 2017 ( Tarikh Akhir)
  • Terkini : Tarikh akhir adalah pada 20 Jun 2017
  1. Percubaan
  • Tahun 6: 20 Julai 2017 ( Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 ( Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5: 14 September 2017 ( Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 ( Tarikh akhir)
  1. Akhir Tahun
  • Tahun 5/ Tingkatan 4: 2 November 2017 ( Tarikh Mula ) dan 24 November 2017 ( Tarikh Akhir )

Sebarang pertanyaan berkenaan SAPS Ibu bapa boleh tanya di bawah atau di forum sistemkpm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *