Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS IBU BAPA

Pengenalan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS IBU BAPA

Pada masa kini, sudah pastinya kebanyakan ibu bapa di Malaysia sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak kira bekerja di bawah majikan atau bekerja sendiri. Oleh sebab itu, kadang-kala amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk menghadirkan diri pergi ke perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah untuk memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka.

Selaras dengan teknologi masa kini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha bagi membantu pihak ibu bapa dan guru untuk memudahkan proses tersebut. Usaha tersebut dapat memudahkan ibu bapa mendapat maklumat tentang keputusan anak-anak mereka tanpa bertanya kepada pihak sekolah kerana maklumat tersebut boleh diakses dengan mudah cuma dengan melayari laman sesawang SAPS. Dengan itu, maklumat tersebut diperoleh dengan mudah, semuanya di hujung jari.

SAPS IBU BAPA merupakan web pangkalan data interaktif yang merangkumi lebih 10000 sekolah rendah and sekolah menengah di Malaysia. Sistem ini memudahkan perkongsian maklumat dan data antara pihak sekolah dan ibu bapa / penjaga.

APAKAH ITU SAPS SEMAKAN IBU BAPA?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS merupakan satu sistem aplikasi yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan pihak ibu bapa / penjaga memantau prestasi anak-anak / jagaan mereka. Melalui sistem tersebut, pihak guru boleh memuat naik keputusan peperiksaan pelajar di sekolah masing-masing, manakala pihak ibu bapa / penjaga boleh mengakses laman web tersebut bagi memantau keputusan peperiksaan anak-anak / jagaan mereka. Selain itu, mereka juga dapat memuat-turun slip peperiksaan anak-anak / jagaan melalui laman web tersebut.

APAKAH KEGUNAAN SAPS SEMAKAN IBU BAPA?

Sistem ini memudahkan pihak ibu bapa / penjaga menyemak keputusan ujian anak-anak / jagaan mereka secara talian (online) melalui laman web SAPS Semakan Ibu Bapa. Apabila ibu bapa / penjaga memuat-turun slip peperiksaan anak-anak / jagaan mereka, mereka boleh mengetahui akan maklumat seperti kedudukan anak-anak / jagaan di dalam kelas, jumlah markah yang diperoleh, peratusan gred purata, keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran, mata pelajaran yang didaftar, dan juga jumlah kehadiran anak-anak / jagaan mereka di sekolah.

Namun demikian, tidak semua keputusan peperiksaan dapat diakses melalui laman web tersebut. Antaranya adalah keputusan peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ANTARA SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK MELALUI SAPS SEMAKAN IBUBAPA.

Berikut adalah senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui SAPS Semakan Ibu Bapa :

1. Ujian 1 / Sumatif 1.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2.

3. Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3.

4. Ujian Percubaan bagi Peperiksaan Awam UPSR, PT3 dan SPM.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGAKSES APPLIKASI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS).

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) boleh diakses oleh ibu bapa/penjaga dan guru. Laman kemasukan bagi ibu bapa/penjaga dan guru adalah berbeza dan terbahagi kepada dua iaitu :

1. SAPS Online Khas Untuk Pihak Guru.

2. SAPS Online Khas Untuk Ibu Bapa/Penjaga.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) ONLINE KHAS UNTUK PIHAK GURU.

Sistem login SAPS amat penting bagi pihak guru kerana mereka boleh mengakses laman portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi mengisi kemasukan markah terkini keputusan peperiksaan bagi setiap pelajar. Keputusan peperiksaan yang diinput ke dalam sistem tersebut oleh pihak guru akan dianalisis berdasarkan subjek yang diambil oleh pelajar, kelas diduduki, tahun pelajar menduduki peperiksaan tersebut dan juga lain-lain.

Sistem login SAPS juga amat penting bagi pihak ibu bapa/penjaga. Melalui sistem ini mereka boleh mengakses laman portal Sistem Anaalisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak – anak / jagaan mereka sejurus memantau prestasi anak – anak mereka di sekolah.

Portal semakan SAPS IBU BAPA boleh diakses melalui https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2

Panduan penuh SAPS NKRA bagi guruk pula boleh merujuk http://saps.net.my/t/panduan-saps-nkra-untuk-guru-mata-pelajaran/26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *