Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan 2017.

Kemudahan sistem aplikasi SAPS telah memberi banyak kebaikan kepada para ibu bapa dan penjaga dalam mengetahui prestasi akademik anak-anak mereka. Sekalung tahniah diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas inisiatif mereka dalam usaha memastikan ibu bapa turut serta dalam proses pembelajaran anak-anak.

SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan

Di atas merupakan salah satu contoh keputusan yang bakal dipaparkan dalam laman sesawang SAPS. Usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia telah disambut baik oleh golongan ibu bapa. Mereka melihat platform yang diwujudkan ini bakal memberi nafas baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Umum perlu ketahui,sistem ini memerlukan akses Internet bagi membolehkan para pelayar memperoleh perolehan yang optimum.

Cara Mudah Dan Cepat Semak SAPS Ibu Bapa

Untuk proses memeriksa markah peperiksaan anak anda dengan lebih lancar, sila ikuti langkah-langkah dibawah.

Klik pautan rasmi SAPS (alamat laman web sesawang yang berakhir dengan gov.my) untuk semak keputusan peperiksaan dan terus akses ke laman sesawang rasmi SAPS Malaysia.

  1. Selepas klik, anda akan dibawa ke laman ini.

SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan

  1. Isi ruangan No Sijil Lahir anak (bagi yang sekolah rendah) atau NO KP (bagi yang sekolah menengah).Anda diingatkan kembali untuk mengisi setiap perincian dengan betul.
  2. Klik pada jenis keputusan peperiksaan yang perlukan semakan anda.
  3. Klik pada Tahun Pilihan ( sila pilih senarai tahun yang terpapar pada menu anda) untuk menyemak keputusan peperiksaan.
  4. Kemudian klik semak.
  5. Di bawah merupakan contoh keputusan peperiksaan SAPS.

SAPS Ibu Bapa – Slip keputusan

 

  • Kementerian turut menyatakan bahawa portal sistem ini masih lagi perlahan dan kerap mengalami masalah jika di akses terlalu ramai. Pihak KPM akan mengatasi masalah ini daripada semasa ke semasa.
  • Untuk Ibu Bapa yang masih belum mahir mengakses sistem SAPS ini, anda perlu menghubungi terus guru kelas atau guru mata pelajaran anak anda. Hal ini penting bagi memudahkan anda menggunakan sistem ini dengan betul dan seterusnya memantau prestasi akademik anak-anak.

Manfaat kemudahan semakan peperiksaan online

  • SAPS memudahkan proses mengendalian dokumen fizikal

SAPS NKRA telah banyak meringankan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pendidikan. Sebagai satu sistem besar yang mengumpul data dari beberapa pihak yang berlainan, SAPS ibu bapa mengambil masa untuk menjadi sebuah sistem yang berkesan, untuk menyelesaikan kekerapan menghantarkan dokumen fizikal antara jabatan, pihak sekolah, guru dan ibu bapa. Ibu bapa kini tidak perlu lagi terima sampul surat yang biasanya diberi melalui anak-anak. Dengan teknologi online, keputusan peperiksaan boleh disemak di hujung jari pada bila-bila masa sahaja.

  • SAPS ibu bapa membolehkan masalah dikenalpasti dengan awal

Melalui analisa peperiksaan, ibu bapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak. Bandingan beberapa ujian utama sepanjang tahun membolehkan ibu bapa merancang pelan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dengan berkesan. Contohnya seorang murid tidak begitu mahir dalam matematik, ibu bapa boleh menghantar anak mereka untuk ambil tuisyen subjek matematik. Tindakan sebegini sememangnya dapat meningkatkan prestasi anak kerana masalah telah dapat dikesan pada peringkat awal dan penyelesaian yang khusus telah diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *