Semak keputusan peperiksaan guna SAPS atau bagi slip keputusan?

Secara tradisional, slip keputusan peperiksaan dari pihak sekolah merupakan suatu dokumen penting yang akan direkod dan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos. Jika dokumen ini penting, mengapakah cara penghantaran keputusan peperiksaan secara rasmi ini tidak dibuat terhadap penerima sijil juga? Kenapa sijil lulus tidak memerlukan tandatangan seperti dokumentasi rasmi?

Perkhidmatan pos dijadikan suatu kaedah yang digunakan semenjak tahun sembilan puluhan untuk menghantar keputusan peperiksaan. Tetapi pada hari ini, perkhidmatan pos semakin diabaikan dan kurang digunakan dalam negara. Internet telah mengambil alih tugasannya kerana ia dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif berbanding cara lama. Bukan itu sahaja, Pemeriksaan keputusan dengan SAPS Ibu Bapa juga dapat memelihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas.

Walaupun begitu, penggunaan kaedah kertas tetap terdapat beberapa kebaikan. Penerima akan menerima keputusan peperiksaan dalam bentuk kertas bersamaan dengan watermark yang berkilat bagi menunjukkan bahawa ia tidak dipalsukan. Tiada sesiapa pun yang layak memegang kelayakan tersebut jika tiada watermark atas sijil. Sijil tersebut juga mempunyai tandatangan pemeriksa rasmi. Ia akan dipegang dan dimilik oleh penerima selama-lamanya dan tiada sesiapa yang boleh mengambil darinya. Penerima boleh sama sekali membingkaikan sijil tersebut dan meletakkannya di dinding sebagai bukti serta membanggakan ibu bapa. Sekiranya sijil tersebut hilang, permohonan boleh dibuat bersamaan dengan pembayaran tertentu untuk mendapatkan sijil yang baru. Sekiranya anda log masuk ke sistem kerajaan, sijil ini akan diperlukan dan boleh membuat kemaskini bila-bila masa.

Keburukan sistem kertas pula, kertas peperiksaan akan disemak selama dua bulan sementara pelajar menunggu keputusan peperiksaan. Keputusan ini perlu dihantar dan dipaparkan serentak bagi memastikan pelajar mendapat keputusan peperiksaan pada masa yang sama. Masalahnya hal ini sukar dilaksanakan kerana perkhidmatan pos sering berlaku kesilapan seperti bungkusan pos dan surat hilang, salah alamat dan sebagainya. Sebilangan pelajar akan menerima keputusan mereka lebih lewat berbanding dengan yang lain. Ini akan menimbul masalah kepada pelajar –pelajar yang ingin memohon tawaran Universiti dengan syarat mencapai gred tertentu. Maksudnya hal ini akan melambatkan permohonan pelajar dan ini berkemungkinan akan menyebabkan permohonan ditolak akibat pengambilan pelajar kursus tersebut telah penuh. Pelajar hanya dapat menunggu dan berharap akan diganti semula jika pelajar lain ditolak. Semua ini dapat dielakkan jika surat keputusan peperiksaan datang tepat pada masa. Selain itu, kerajaan perlu membayar kos yang tinggi dalam sistem kertas. Kos-kos ini melibatkan upah kakitangan yang menaip, sampul surat, kertas, dakwat dan setem, tidak lupa juga watermark yang berkilat itu. Semua ini boleh digantikan dengan nombor pin, dimana ia juga lebih mudah digunakan. Kos berjuta-juta ini boleh dijimatkan dan lebih bagus jika digunakan untuk memajukan bidang yang lain.

Secara ringkasnya kebaikan penggunaan sistem kertas ialah:

Terdapat watermark atas sijil. (Di mana anda mungkin tidak menggunakan)

Watermark tersebut tidak dapat dipalsukan. (Adakah ia penting?)

Seperti yang dikatakan, watermark boleh digantikan dengan sistem lain seperti kod. Mungkin dalam masa beberapa tahun, majikan hanya perlu meminta nombor kod untuk mengetahui rekod dan maklumat kami dalam talian. Bukankah cara ini lebih senang daripada meminta kami membawa portfolio besar bersamaan sijil-sijil peperiksaan yang telah lalui sepanjang hidup dan mengharapkan seseorang duduk dan membaca semuanya. Pada masa yang akan datang, Sistem tanpa kertas adalah diperlukan untuk menjimat masa dan memudahkan kerja semua orang. SAPS Ibu Bapa berpotensi besar untuk dijadikan sebagai bekalan maklumat kepada majikan untuk mendapat rekod seseorang pekerja secara keseluruhan. Seperti CV atau resume yang seringnya majikan perlukan.

Segala benda akan menjadi digital pada zaman moden, bukan sahaja tentang telefon bimbit, tetapi kereta yang pandai berjalan sendiri, rumah yang beroperasi sendiri dan robot AI yang semakin bijak pada masa kini. Kaedah trasitional tetap akan digantikan dengan teknologi baru, seperti mana email menggantikan perkhidmatan pos dan surat. Kita semua semakin bergantung kepada telefon bimbit dan internet dalam kehidupan kita. Tidak sukar untuk kita membayangkan, dalam beberapa tahun yang akan datang, cara hidup kita juga akan berubah. Pelajar menduduki peperiksaan mereka di depan komputer, dan keputusan peperiksaan terus masuk ke sistem rasmi untuk disemak. Apabila pelajar meninggalkan bilik peperiksaan, sudah tahu apa skor sendiri sama ada lulus ataupun gagal. Sistem ini serupa dengan ujian memandu, individu yang menduduki ujian dapat mengetahui keputusan ujian dengan segera selepas ujian. Ia sudah berlaku dan tidak mustahil untuk menyesuaikan sistem ini dengan peperiksaan lain.

Sistem pemeriksaan SAPS Ibu Bapa merupakan satu langkah kecil menuju ke sistem tanpa kertas. akhir kata, Tidak kira keputusan peperiksaan lulus atau gagal, mesti ingat bahawa kegagalan tidak melambangkan akhir. Walaupun gagal, anda masih boleh berusaha selepas peperiksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *