Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Menggunakan SAPS

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pihak Guru Menggunakan SAPS

Markah tidak disimpan:

Setiap kali mahu memasukkan maklumat markah pelajar, sistem tersebut akan terkeluar dari talian dan pihak guru terpaksa mengisi semula markah. Hal ini berlaku untuk beberapa kali percubaan. Guru penat mengulangi mengisi markah sedangkan markah tidak disimpan di dalam sistem. Namun demikian masalah ini tidak dihadapi oleh semua pihak guru. Punca masalah ini berlaku besar kemungkinan server laman portal bagi SAPS memiliki saiz yg agak kecil dan berat. Ini menyebabkan server tersebut tidak mampu menampung atau menangani input yang agak banyak pada satu masa. Masa yang dimaksudkan adalah masa puncak di mana semua guru dari semua sekolah berpusu-pusu mengisi maklumat keputusan peperiksaan pelajar pada masa yang sama lantas menyebabkan masalah trafik pada laman portal tersebut.

Hal ini agak menyukarkan sesetengah pihak guru kerana mereka terpaksa menunggu sehingga lewat malam atau awal pagi seperti pukul 2-3 pagi bagi mengisi markah peperiksaan pelajar. Antara maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem tersebut adalah seperti markah Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, menentukan Nilai Letak Kerja (TOV) dan Jangkaan Hasil Sasaran Akhiran (ETR) bagi setiap pelajar. Maklumat yang perlu diisi bukanlah dalam kuantiti yang sedikit dan akan mengambil masa yang agak lama.

Selain itu, terdapat juga masalah seperti masalah Import Pelajar. Sesetengah sekolah tidak dapat melaksanakan proses Import Pelajar ke dalam sistem SAPS kerana pelajar tidak dapat diimport secara pukal kerana telah ditutup oleh sistem. Pihak guru terpaksa melakukan Import Pelajar secara individu bagi pelajar yang terlibat dan proses ini juga memakan masa yang agak lama sekiranya terdapat banyak jumlah pelajar yang perlu diimport. Pelajar baru yang mendaftar ke sekolah perlu diimport masuk ke dalam SAPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *