Masalah SAPS ibu bapa: No. Kp / Sijil Lahir Pelajar Tiada Dalam Pangkalan Data

Masalah No Kad Pengenalan tidak wujud merupakan masalah yang paling kerap ditanya dalam sistem saps ibu bapa.

Ibu bapa boleh memberi tahu pihak sekolah supaya admin boleh buat semakan. Bagi guru yang bertanggungjawab, ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Guru kelas perlu menyemak nombor kad pengenalan untuk membuat pembetulan. Guru Kelas perlu mengemaskini data di APDM dan maklumkan masalah ini kepada SUP sekolah.

  1. Klik Semak mengikut jenis peperiksaan
  2. Kemudian, klik pada IMPORT DATA APDM> Senarai Murid SAPS & APDM
  3. Seterusnya, hapuskan nama pelajar yang mempunyai nombor KP yang salah dengan klik pada butang seperti di dalam gambar di bawah.

  1. Tekan OK untuk menghapuskan nama pelajar berkenaan.
  2. Selepas itu, klik pada butang Import untuk mendapatkan nombor KP pelajar yang terkini melalui SAPS.
  3. Anda boleh melihat nombor KP terkini yang dipaparkan di bahagian SAPS
  4. Kemudian Guru Kelas perlu memaklumkan pertukaran nombor kad pengenalan murid kepada HELPDESK SAPS.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *