Login dan Panduan SAPS NKRA untuk Guru

Dengan adanya sistem SAPS NKRA, guru kelas hanya perlu mengisi maklumat-maklumat mengenai pencapaian para pelajar di sini. Alternatif ini dilihat membantu mengatasi lambakan tugasan guru yang sebelum ini menguruskan kemasukan data peperiksaan murid secara konvensional.. SAPS NKRA memberi peluang untuk guru-guru mengenal pasti bilangan pelajar yang memerlukan perhatian khusus. Mereka seterusnya akan mendaftarkan bilangan pelajar yang memerlukan perhatian khusus ke dalam kelas tambahan. Proses pembelajaran pelajar-pelajar berkenaan akan dipantau melalui draf prestasi akademik yang turut dapat dijana melalui sistem ini. Selain itu, SAPS NKRA turut menyimpan maklumat ujian untuk setiap subjek bagi peperiksaan setiap penggal.

Kelebihan SAPS NKRA untuk Guru

Guru kelas kini bertanggungjawab untuk mengisi keputusan peperiksaan mahupun ujian para pelajar dalam tempoh yang ditetapkan. Hal ini mungkin kelihatan agak menyusahkan bagi para guru yang tidak mahir dalam mengoperasi sistem SAPS ini. Ada juga yang melihat konsep ini sebenarnya menambahkan beban kerja mereka.

Elemen kompleksiti mungkin hadir dalam menghasilkan sistem pendidikan yang lebih berstruktur. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha dalam memantapkan kemahiran diri dalam mengoperasi sistem SAPS ini. Para guru perlu fahami di sebalik kewujudan SAPS ini sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk memantapkan kemahiran penyampaian ilmu. Bukannya, meluangkan sebahagian besar masa mereka dalam menyelesaikan kerja kerja menjilid keputusan peperiksaan pelajar ke dalam fail.

Salah satu kelebihan yang ada pada SAPS ini ialah para guru dapat menghasilkan analisis peperiksaan dengan lebih tepat dan relevan. Bukan hanya analisis setiap subjek sahaja dapat dijana oleh SAPS ini malah SAPS turut dilengkapi perisian untuk menganalisis dan meramal prestasi para pelajar di penghujung tahun. Maklumat ini amat penting dalam membantu proses guru-guru melakukan pemerhatian tahap penguasaan para pelajar untuk setiap subjek.

Login laman sesawang SAPS NKRA

Untuk mula mengakses SAPS, sila daftar ID Pengguna dan Kata Laluan.

register SAPS NKRA

Daftar Masuk ke dalam sistem

Bagi pengguna yang berjaya mendaftar, anda hanya perlu mengisi Akses Kod dan juga Kata Laluan.

login SAPS NKRA

Memilih Jenis Peperiksaan.

Tetapan untuk peperiksaan yang aktif akan bertanda hijau seperti dalam paparan di bawah. Tetapan yang berwarna hijau sahaja yang membenarkan sebarang perubahan dilakukan. Sila klik pada Masuk untuk melakukan sebarang perubahan.

forget password SAPS NKRA

Profil Pengguna

Pastikan nama, jawatan dan nama sekolah dipaparkan secara tepat. Paparan di bawah merupakan senarai nama guru-guru mata pelajaran yang sedang aktif.

Menu untuk Guru Mata Pelajaran

  1. Sebelum memasukkan sebarang maklumat, sila pilih menu yang betul berdasarkan senarai ketetapan.

2. Mendaftar Subjek

Sebelum memulakan kelas, setiap guru mata pelajaran perlu mendaftar subjek mereka dengan menekan menu (Daftar Pelajar) melalui senarai yang terpapar pada Menu Guru Mata Pelajaran. Langkah-langkah yang lebih tepat adalah seperti berikut:

  1. Pilih Tahun yang dikehendaki
  2. Isikan maklumat pada petak Kelas
  3. Masukkan maklumat mengenai bilangan murid untuk subjek mata pelajaran anda
  4. Setelah selesai, klik pada butang Hantar.

Anda akan dapat melihat maklumat yang sudah diisi akan terpapar pada menu utama Mata Pelajaran guru subjek berkenaan.

daftar matapelajaran SAPS NKRA

Kemas kini maklumat subjek

Setiap mata pelajaran yang sudah didaftarkan boleh diedit atau padam melalui langkah-langkah di bawah:

  1. Pilih Tahun yang berkenaan
  2. Pilih Kelas yang anda kehendaki
  3. Pilih Subjek yang perlu dilakukan perubahan
  4. Setelah selesai sila klik pada butang Simpan atau Padam ( bagi membuang maklumat subjek dalam sistem SAPS)

kemaskini matapelajaran SAPS NKRA

Mengisi Maklumat Pemarkahan Ujian/Peperiksaan Tahunan

Untuk memulakan proses mengisi maklumat, klik pada menu Markah Peperiksaan

  1. Isikan maklumat pada ruang Kelas dan Subjek
  2. Isikan maklumat mengenai markah para pelajar pada ruang yang kosong.
  3. Setelah selesai, klik pada butang (Simpan Rekod)

PERINGATAN: Sila pastikan BILANGAN Pelajar yang mengambil peperiksaan diisi dengan tepat.

TH = (Tidak Hadir)

1 = Markah Minimum

markah ujian SAPS NKRA

Markah TOV/ETR

Klik pada TOV/ETR Menu. Kemudian sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengisi maklumat TOV/ETR setiap pelajar.

  1. Pilih Subjek/Kelas yang diajar.
  2. Isikan maklumat TOV dan Target Data
  3. Setelah selesai, klik pada butang Simpan Target.

Klik pada menu Cetak Target untuk mencetak maklumat yang sudah diisi.

Klik pada ikon Tong Sampah untuk membuang semua maklumat berkaitan TOV/ETR yang ingin dipadam.

Menukar Kata Laluan.

Terdapat butang khas untuk menukar kata laluan. Pengguna boleh menekan butang berkenan untuk melakukan perubahan. Langkah-langkah adalah seperti berikut:

  1. Klik pada butang Tukar Kata Laluan
  2. Masukkan maklumat mengenai ID Pengguna
  3. Isikan kata laluan lama
  4. Isikan kata laluan baru
  5. Isikan kata laluan baru untuk pengesahan
  6. Setelah selesai, klik butang Hantar.

tukar kata laluan

 

SAPS NKRA bagi Setiausaha Peperiksaan (SUP)

Tugas utama Setiausaha Peperiksaan bertindak sebagai penyelia. Beliau perlu memasukkan maklumat mengenai kelas-kelas yang berdaftar di sekolah, maklumat mengenai pengetua sekolah dan melengkapkan maklumat-maklumat yang kurang terperinci di SAPS. SUP juga perlu memastikan segala maklumat para pelajar dan juga markah-markah perolehan mereka di dalam ujian/peperiksaan diisi dengan lengkap dan betul oleh guru kelas.

Daftar Setiausaha peperiksaan (SUP), Guru Kelas (GK), dan Guru Mata Pelajaran (GMP)

Sekiranya SUP yang baru dilantik masih dikategori sebagai GMP di dalam sistem. Sila maklumkan masalah anda pada SUP terdahulu. Jika SUP lama masih kekal sebagai SUP sekolah walaupun telah terdapat perubahan jawatan, minta ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik menu Masuk mengikut jenis Peperiksaan
  2. Klik (Kemudahan)
  3. Paparan menu di atas akan terpapar. Kemudian klik (Tukar Admin)
  4. Pilih menu (Pilih Guru). Senarai nama guru akan terpapar.

sup SAPS NKRA

  1. Pilih nama SUP baru dan klik (Hantar).

Sebarang masalah yang timbul ketika sedang melakukan perubahan perlu dilaporkan kepada SAPS HELPDESK. Jika status guru yang sudah dinaikkan pangkat kepada SUP masih kekal sebagai GMP di dalam sistem. Sila sediakan maklumat mengenai kod sekolah atau no kad pengenalan guru tersebut dan saluran kan maklumat kepada sumber yang sama (SAPS HELPDESK)

GMP yang baru dinaikkan pangkat sebagai GK perlu melakukan perubahan maklumat melalui laman sesawang Pusat Data Pelajar (APDM). Kemudian, sila maklumkan kembali kepada SUP mengenai status perubahan. SUP seterusnya akan melakukan perubahan pula dalam sistem SAPS. SUP hanya perlu klik pada DATA APDM> SENARAI KELAS DAN GURU KELAS

import data apdm SAPS NKRA

  1. Klik pada menu Import Data APDM.
  2. Menu menunjukkan senarai kelas dan guru kan terpapar.

Seperti sedia maklum, SUP boleh juga menukar status GK kepada GMP. SUP hanya perlu klik pada Senarai Pengguna, pilih nama guru yang perlukan perubahan. Seterusnya klik pada butang Reset Semula.

Mendaftar Guru Mata Pelajaran Baru:

  1. Klik pada Menu Guru.
  2. Klik pada menu Tambah Guru
  3. Masukkan no kad pengenalan, nama penuh dan juga jantina.
  4. Kemudian, klik Simpan

SUP juga boleh memindahkan peranan Admin kepada guru yang bakal dilantik sebagai SUP seterusnya. Langkah-langkah adalah seperti di bawah:

1. Klik (Masuk) berdasarkan jenis ujian/peperiksaan

2. Klik pada menu (Kemudahan)

3. Klik pada butang untuk Tukar Admin.

4. Klik pada Pilih Guru. Senarai nama guru yang aktif akan terpapar pada skrin utama.

  1. Akhirnya, pilih nama SUP baru. Kemudian, klik hantar.

Selain daripada itu, SUP juga boleh menghantar maklumat GK atau GMP ke sekolah yang lain, menyelesaikan masalah nama pelajar yang terdapat di dua kelas yang berbeza serta mendaftar nama guru dan pelajar di APDM dan seterusnya mengimport maklumat tersebut ke dalam SAPS.

Harap panduan SAPS NKRA ini dapat membantu guru-guru, guru-guru boleh saling membantu sesama diri untuk menyelesaikan masalah berkenaan sistem SAPS NKRA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *