Keputusan Peperiksaan Pelajar Dipengaruhi Oleh Corak Pembesaran Daripada Ibu Bapa

Cara ibu bapa membesarkan anak anak menjadi penyumbang terbesar kepada kemajuan akademik mereka di England berbanding dengan negara membangun yang lain.

Kajian ini dijalankan oleh Universiti Essex: Gred Keputusan anak-anak mencerminkan kredibiliti ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab di England berbanding dengan pelajar yang bersekolah di Kanada atau Australia.

Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang sudah berjaya tampak lebih berkemungkinan untuk memperoleh kejayaan. Fakta ini mula dikongsi oleh Institusi Sosial dan Ekonomi beberapa ketika sebelum peperiksaan GCSE di England berlangsung. Ahli akademik mendapati ibu bapa yang berjaya pada usia muda mampu menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap kepada anak-anak mereka. Antara sebabnya ialah anak-anak mereka juga mampu untuk bersekolah di sekolah yang terbaik.

Salah satu langkah yang agak luar biasa cuba dicadangkan oleh pakar akademik. Mereka cuba mematahkan sentimen masyarakat yang gemar mengasingkan diri mengikut taraf pendidikan. “Tidak salah kita memasukkan pelajar daripada golongan pertengahan ke dalam sekolah terbaik bukan? Perbezaan taraf akademik mungkin memerlukan usaha untuk diatasi. Hakikatnya, pada penghujung hari, kita juga akan memperoleh kebaikan” Hal ini berlainan dengan pendapat yang diutarakan oleh Elizabeth Sidwell, salah seorang pengetua kepada sekolah elit terkemuka di sini. Beliau berpendapat, golongan pelajar yang mempunyai tahap akademik yang berbeza tidak harus di campur. “Pelajar yang lemah akan mengalami masalah untuk mencerna sukatan pelajaran yang melebihi kemampuan diri. Aktiviti buli juga akan makin berleluasa”

Kata Profesor John Ermisch pula kepada wartawan. Peluang untuk menimba ilmu sahaja yang bakal menyamaratakan peluang sesama kita. Perkara penting untuk memastikan setiap daripada kita mempunyai peratusan untuk berjaya. Mengikut hemat saya, kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah yang mempunyai kualiti di kawasan luar bandar. Langkah ini sangat penting dalam mengecilkan jurang perbezaan pendidikan dalam kalangan rakyat. Namun, pada masa yang sama satu polisi khas patut digubal. Sekolah elit untuk ibu bapa pendapatan tinggi harus dikurangkan. Hal ini bagi memberi peluang kepada anak anak mereka bergaul dengan rakan berbilang taraf hidup. Salah satu hasil dapatan data mengenai keputusan peperiksaan melibatkan 16,000 pelajar yang lahir pada tahun 1989 hingga 1990 berjaya diperolehi. Hasil kajian mendapati kanak kanak berusia 11, 1,4 dan 16 tahun yang lahir dalam keluarga yang berjaya mempunyai peratusan kecemerlangan yang sangat tinggi. Jurang pendidikan jelas kelihatan antara mereka yang lahir dalam golongan sederhana dengan mereka yang lahir dalam keluarga yang tarafnya lebih tinggi menginjak fasa sekolah menengah. Faktor ini telah menyebabkan ibu bapa berpendapatan tinggi terarah untuk menghantar anak ke sekolah lebih elit dan cemerlang. – ulasan kajian.

Kajian yang sama turut dijalankan di Amerika Syarikat. Pakar mendapati faktor ibu bapa menjadi penyumbang terbesar dalam meningkatkan keputusan akademik anak-anak. Suasana yang berlainan pula berlaku di Kanada dan Australia. Penglibatan ibu bapa dalam akademik anak tidak memberi sebarang perubahan yang signifikan. Hal ini saling berkait dengan kecenderungan remaja di dua buah negara tersebut untuk mempunyai akaun dalam laman sosial. Dengan kata lain, mereka lebih mementingkan hubungan sosial bersama rakan-rakan berbanding meluangkan masa bersama ibu bapa.

Hari pengadilan bagi sistem pendidikan yang memecah belahkan golongan rakyat bakal tiba. Nick Clegg memberi amaran segala diskriminasi yang menghapuskan hak anak anak tidak berkemampuan untuk mendapat pendidikan terbaik bakal dikenakan tindakan keras. Pendidikan seharusnya menjadi satu medium yang memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik untuk mengubah nasib mereka. Kata timbalan menteri lagi, dasar polisi kerajaan yang akan digubal bakal menghapuskan sekolah elit yang mementingkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *