Kelebihan SAPS Ibu Bapa kepada penjaga

Sebelum wujudnya SAPS Ibu Bapa, pihak ibu bapa atau penjaga perlu menunggu anak-anak atau jagaan mereka membawa pulang Buku Rekod Pencapaian Pelajar. Dengan adanya SAPS maklumat tersebut mampu diperoleh di hujung jari sahaja. Anak-anaka atau jagaan tidak lagi mampu menyembunyikan prestasi pelajaran mereka di sekolah dari ibu bapa / penjaga mereka. Justeru, pemantauan prestasi pelajaran anak-anak / jagaan amatlah mudah bagi pihakpenjaga kerana semuanya boleh diperoleh secara talian sahaja.

Pihak ibu bapa tidak perlu lagi menghadiri perjumpaan ibu bapa bersama pihak guru di sekolah. Perkara ini sangat membantu bagi pihak ibu bapa yang sangat sibuk atas urusan kerja masing-masing. Mereka boleh sahaja mengakses laman portal SAPS bagi mendapatkan maklumat mengenai prestasi perkembangan pelajaran anak-anak jagaan masing-masing.

Dengan wujudnya SAPS Ibu Bapa, maklumat yang lebih padat, ringkas dan tepat mampu diperoleh pihak ibu bapa. Maklumat tersebut mampu diperoleh menerusi nombor Kad Pengenalan atau nombor Sijil Lahir anak-anak dengan memasukkannya pada laman portal SAPS di ruangan yang disediakan.

Penelitian yang kerap juga mampu dilakukan oleh penjaga bagi memantau prestasi anak-anak. Hal ini sangat penting bagi mereka kerana ia merupakan salah satu cara yang amat berkesan bagi mengesan dan mengetahui tingkah laku anak-anak mereka. Apabila mereka mampu mengetahui akan hal tersebut, pihak ibu bapa juga mampu memperbaiki kelemahan dan strategi bagi meningkatkan prestasi pelajaraan anak-anak di rumah masing-masing.

Selain itu, mereka dapat membuat analisis sendiri di rumah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka boleh mengetahui kelemahan dan juga kekuatan anak-anakmereka dan membantu dalam pencarian matlamat hidup anak-anakbagi masa hadapan yang lebih cemerlang.

Kelemahan Saps Ibu Bapa Kepada Penjaga

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pihak ibu bapa / penjaga adalah :

1. Nombor Kad Pengenalan Anak-anakTidak Dapat Diakses Melalui SAPS.

2. Ejaan Nama Anak Tidak Tepat di dalam SAPS.

Kedua-dua masalah ini boleh diatasi dengan menghubungi guru kelas anak-anak/jagaan dan memaklumkan akan hal tersebut. Pihak guru kelas kemudiannya perlu membuat semakan dan jika disahkan akan masalah tersebut, mereka perlu mengemaskini maklumat pelajar tersebut di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan akan hal tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *