Kad pengenalan pelajar tiada dalam pangkalan data SAPS ibu bapa

Sesetengah ibu bapa / penjaga mengadu semakan mereka ke atas keputusan peperiksaan melalui SAPS ibu bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) gagal kerana terdapat masalah ‘No Kp pelajar tiada dalam pangkalan data’. Ibu bapa terlebih dahulu boleh cuba log masuk dengan menggunakan sijil lahir anak.

Biarpun masalah ini jarang berlaku tapi ibu bapa boleh menghubungi hal ini kepada guru kelas. Guru kelas tersebut kemudian perlu menyemak data murid yang dimasukkan sama ada rekod tercicir ataupun terdapat kesalahan ejaan dalam APDM.
Cara guru membetulkan kad pengenalan
1. Selepas log masuk sistem SAPS NKRA, pada column Semak Murid SAPS & APDM, Klik ‘Semak’
2. Pada column `Tindakan` klik pada ikon untuk menghapuskan kad pengenalan murid yang salah
3. Akhir sekali guna import untuk memasukkan data murid yang baharu.
SAPS ini masih boleh digunakan kepada murid yang sudahpun meninggalkan sekolah. Jadi jikalau sesiapa ingin mencetak semula slip keputusan boleh log masuk pada bila-bila masa saja. SAPS hanya akan menjadi kurang stabil buat seketika pada musim lepas peperiksaan; pada masa yang biasa, anda boleh juga melayarinya dengan mobile phone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *