Implikasi Keputusan Peperiksaan Kepada Ibu Bapa & Pelajar

Keputusan Peperiksaan Umum sebenarnya lebih memberi kesan kepada
ibu bapa berbanding kepada pihak sekolah – kata pakar.

Peperiksaan yang bakal menentu hala tuju perjalanan mereka selepas ini. Tekanan mula terbina dalam diri si pengambil keputusan. Tidak terkecuali kepada ibu bapa remaja berkenaan. Tahap tekanan yang sama turut meninggi dalam perasaan. Kajian menunjukkan keputusan peperiksaan seorang anak juga bakal mencorakkan kaedah penjagaan ibu bapa selepas itu.

Salah satu kajian daripada Persatuan Ekonomi Diraja yang bakal dibentangkan minggu ini, corak negatif perlakuan ibu bapa selalunya dipengaruhi dengan kegagalan anak anak dalam mencapai kecemerlangan yang diinginkan.

Ketua Ofsted juga telah memberi amaran bahawa fenomena di mana pihak guru bakal menjadi tempat para remaja meluahkan perasaan negatif akibat layanan buruk ibu bapa juga berkemungkinan untuk berlaku. Beliau turut berpendapat institusi kekeluargaan masa kini semakin rapuh hinggakan sekecil kegagalan akan dipandang sebagai satu beban. Sir Micheal Wilshaw menegaskan, remaja kini perlu belajar untuk yakin pada diri sekiranya merasakan ibu bapa tidak mampu memberi
sokongan yang secukupnya.

Langkah proaktif mula dirangka. Objektif utama adalah cuba menampung
kekurangan sokongan daripada pihak ibu bapa dalam memaksimumkan prestasi
anak-anak dalam pelajaran. Oleh itu, beberapa sekolah telah dijadikan pusat kajian.
Seorang profesor daripada Universiti London telah mengetuai kajian ini. Eksperimen
ini telah berlangsung bermula 2002 hingga 2010. Perkara utama yang dijadikan
tunjang kepada kajian kes ialah ketidakselesaan yang timbul tatkala pelajar dipaksa
menukar sekolah. Hasil akademik pelajar yang dipaksa untuk menukar sekolah akan dibandingkan bersama keputusan pelajar yang masih kekal di sekolah yang sama. Kemudian, faktor kepincangan hubungan dalam institusi kekeluargaan turut diambil kira dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati masalah kepincangan dalam keluarga lebih dominan dalam memberi kesan kepada keputusan akademik pelajar.

“Pelbagai data telah di kumpul, kebanyakan daripada mereka menunjukkan masalah keluarga jelas memberi kesan kepada emosi anak. Masalah yang berlaku di sekolah, misalnya pertukaran dengan paksaan hanya menyumbang 10% kepada tekanan yang dihadapi pelajar” Masalah pertama yang melibatkan keluarga semestinya tertumpu kepada isu kewangan. Selain itu, kajian ini turut mendapati perlakuan ibu bapa jelas memberi kesan kepada keputusan anak anak dalam subjek matematik dan sains.

Tambahan lagi, kajian yang dijalankan ini seharunya dijadikan panduan dalam
banyak pihak terutama pihak sekolah dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi
pelajar-pelajar bermasalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *