Bagaimana Teknologi Mengubah Proses Pembelajaran di Dalam Kelas

Teknologi pendidikan semakin bertambah baik di zaman moden ini. Penerapan teknologi seperti penambahan realiti dan realiti maya oleh golongan perintis ini telah menjadikan pengalaman pembelajaran berubah daripada bentuk asalnya.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi memainkan peranan yang amat besar dalam mengubah pembelajaran di dalam kelas ke arah yang lebih baik. Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana ianya mengubah proses pembelajaran di dalam kelas.

 

  • Teknologi pendidikan memainkan peranan penting dalam mengembang luas proses pembelajaran menjangkaui bilik darjah

 

Pengenalan kepada internet mudah alih telah memainkan peranan yang sangat besar dalam meluaskan lagi proses pembelajaran menjangkau dinding bilik darjah.

Dengan adanya peranti seperti iPhone dan iPad (sebagai contoh), ianya telah memudahkan pelajar untuk mengikuti kelas praktikal walau dari ruang tamu mereka atau sewaktu mereka memegang telefon. Mereka tidak perlu lagi untuk mendapatkan akses ke makmal komputer untuk melakukan kelas praktikal seperti yang terdapat di dalam jadual.

Jadi, kita boleh lihat bahawa teknologi mudah alih ini sedikit sebanyak telah memainkan peranan besar dalam merapatkan jurang antara bilik darjah dan juga pembelajaran di rumah.

 

  • Peningkatan bilangan ebook

 

Ebook semakin terkenal di sekolah-sekolah dan kolej-kolej disebabkan banyaknya manfaat yang terdapat padanya. Sebahagian manfaatnya ialah:

  • Ebook lebih mudah untuk diperolehi berbanding buku teks biasa. Pihak perpustakaan sekolah tidak perlu lagi menunggu stok buku untuk sampai. Hanya dengan menekan tetikus sahaja sudah mencukupi untuk mendapatkan buku supaya boleh dimasukkan ke dalam koleksi buku-buku mereka. Amazon, eBay, Barnes and Noble, dsb amatlah membantu.
  • Ebook ini lebih mesra alam sekitar
  • Ebook juga menawarkan pilihan teks kepada audio bagi pelajar yang mempunyai masalah penglihatan.
  • Harganya yang berbaloi dan juga tidak memerlukan ruangan yang besar untuk menyimpannya (sebuah peranti mudah alih boleh menyimpan ribuan ebook bergantung kepada ruang simpanannya) jika dibandingkan dengan buku teks biasa.

Popularnya penggunaan ebook di dalam bilik darjah ini telah membawa beberapa perubahan seperti kurangnya ruang simpanan yang diperlukan dan sebagainya. Kesemua perubahan ini dianggap sebagai sesuatu yang wajar melalui sudut pandangan pembelajaran.

 

  • Peranan guru-pelajar berubah

 

Melalui penerapan teknologi pendidikan di dalam bilik darjah, peranan guru-pelajar telah melalui satu fasa perubahan.

Pelajar sudah semakin aktif terlibat di dalam kelas jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Guru pula sebaliknya telah berhenti menjadi penyalur maklumat. Guru sekarang sedikit sebanyak telah menjadi fasilitator yang membimbing pelajar ke jalan yang benar. Guru boleh menggunakan platform seperti SAPS NKRA, APDM dan lain-lain untuk memudahkan kerja harian.

 

  • Peningkatan ketara berkaitan penglibatan dalam kelas

 

Salah satu kebaikan utama teknologi pendidikan terletak pada kerjasamanya.

Dengan adanya bantuan teknologi pendidikan, para pelajar boleh bekerjasama dengan baik antara satu sama lain sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar. Berikut merupakan contoh ringkas:

  • Kehebatan media sosial

Guru-guru sekarang ini boleh menggunakan kecanggihan media sosial dalam meningkatkan kerjasama antara pelajar dan ibu bapa di atas platform yang sama. Mereka boleh membuat kumpulan, memuat naik tugasan dan berkongsi beberapa sumber berguna berkaitan pembelajaran di dalam platform yang sama.

Ibu bapa akan dapat memantau perkembangan anak-anak mereka melalui media sosial di samping dapat berinteraksi dengan guru sekiranya diperlukan.

 

  • Teknologi pendidikan membolehkan guru untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi  

 

Teknologi pendidikan telah memungkinkan guru-guru untuk menyesuaikan proses pengajaran mengikut keperluan pelajar tertentu.

Pengajaran bersifat peribadi seperti e-learning ini membolehkan pelajar untuk belajar mengikut kemampuan masing-masing; satu ciri yang telah memberi manfaat kepada purata pelajar untuk menjadi lebih baik lagi dalam jangka masa panjang.

Sebahagian daripada kegunaan teknologi pendidikan di dalam bilik darjah ialah:

  • Penggunaan blog
  • Blog merupakan salah satu cara terbaik bagi guru-guru untuk mengajar menjangkaui bilik darjah. Dengan menggunakan blog, guru-guru boleh berkongsi pandangan, idea-idea dan juga pengalaman mereka kepada semua orang di seluruh dunia; hal ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang “membina” menurut pandangan umum.
  • Melalui blog juga, para guru boleh membina komuniti kecil pembelajaran atas talian yang mana ianya akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar secara umumnya.
  • Nota: Membuat laman blog sekarang ini semakin mudah dengan adanya sistem yang mesra pengguna seperti WordPress, Joomla! dan pelbagai lagi.
  • Penggunaan aplikasi dan permainan di dalam bilik darjah
  • Hari ini, kita mempunyai pelbagai jenis aplikasi dan permainan yang boleh digunakan di dalam pelbagai jenis peranti mudah alih. Kebanyakan antaranya tidak memerlukan walau sesen untuk anda gunakannya.
  • Guru-guru boleh menggunakannya dengan lebih berkesan di dalam bilik darjah mengikut tujuan mengajar yang berbeza-beza.

 

Penggunaan penambahan realiti dan realiti maya di dalam bilik darjah

  • Teknologi penambahan realiti dan realiti maya ini semakin mendapat perhatian di zaman moden ini. Sektor pendidikan telah mendapat banyak manfaat hasil daripada teknologi ini.
  • Teknologi ini membantu mencipta tanggapan maksimum pelajar melalui pengalaman belajar yang mendalam yang mana telah memberi kesan positif terhadap pembelajaran mereka.

Teknologi pendidikan benar-benar telah mengubah makna pembelajaran di dalam bilik darjah. Tetapi persoalannya sekarang ini ialah: “Adakah anda sudah termasuk di dalamnya?” Jika masih belum lagi, lebih baik anda cepat-cepat menyertainya. Anda akan mendapat manfaatnya dalam jangka masa panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *